Mon th June 2017
Visitors Number
Today :
0000
Yesterday :
0029
Total :
00051812
SIAPA KAMI
Tentang Misi Kemboja & Misi Qurban

MISI KEMBOJA
Adalah
Sebuah Portal Kebajikan umum untuk berusaha membantu fakir miskin di negara kemboja. portal ini diuruskan Oleh syarikat
Cambodia Muslim Holiday Travel. yang dimiliki dan diuruskan sendiri oleh saya ( Ustaz Yahya Cambodia ). alhamdulillah kami telah berjaya / berpengalaman lebih 10 tahun dalam usaha membantu saudara kami ini. doakan kami dan bantulah kami insya allah segala kebaikan sahabat semua akan dibalas oleh Allah. Jazakallah..



Tentang Syarikat Pelancongan Kami

Cambodia Muslim Holiday Travel
ialah sebuah syarikat pelancongan 100% milik Orang islam dan berpengalaman luas di dalam menguruskan pakej-pakej muslim di Negara kemboja. Kami percaya industri pelancongan semakin memainkan peranan yang penting dalam menjana ekonomi negara.

Niat murni kami adalah untuk memastikan perkhidmatan dan layanan diberi adalah yang terbaik kepada setiap pelanggan kami serta merapatkan hubungan di antara pelanggan kami. Di samping itu juga memberi perkhidmatan pada kadar harga yang mampu.
Kenapa Pilih Kami ?

Di Cambodia Muslim Holiday Travel kakitangan kami adalah terlatih untuk mengendalikan pakej-pakej pelancongan yang kami tawarkan seperti di kemboja dan juga di Vietnam. Kakitangan kami kebanyakannya adalah terlatih dalam bidang pelancongan dan berpengalaman untuk mengendalikan kumpulan-kumpulan insentif ke destinasi yang anda inginkan.

Sejajar dengan perkembangan industri pelancongan di negara ini, Cambodia Muslim Holiday Travel berusaha untuk memberi perkhidmatan kelas pertama kepada semua golongan masyarakat di mana kami memastikan semua pakej yang disediakan oleh kami berasaskan pakej muslim.

Pelbagai Komen dan pengiktirafan yang amat baik telah kami terima dari pelanggan kami, ini menunjukan bahawa kami adalah agensi pelancongan yang terbaik dan boleh dipercayai
Komen Dari Pelanggan Kami


Tentang Admin: Siapa Saya ?


NAMA SAYA: yahya bin amin al-hafiz, saya telah hafiz al-quran sejak umur 12 tahun di negara cambodia , mengambil masa hampir setahun untuk mengkhatamkan al-quran.

MENUNTUT ILMU: banyak menghabiskan umur menuntut di pondok pondok kelantan. pada 2011 saya menyambung pengajian di al-madinah university shah alam selangor. dalam bidang ulumul quran ( berkaitan al-quran termasuk tafsir ) dalam masa menuntut kita memang banyak kena pakai duit, oleh itu saya ada buka kelas al-quran dan ferdhu ain di kawasan kajang selangor.

KERJA SAMBILAN: sambil itu saya ada buat kerja tambahan lagi iaitu bawa pelancong dari malaysia / indonesia yang ingin pergi ziarah disana secara rombongan / secara kekeluargan / individu tetapi sekarang alhamdulillah apabila sudah balik dari malaysia setahun lebih kurang, saya pun berusaha untuk membuka syarikat pelancongan,
Alhamdulillah dengan kurnia dari illahi saya berjaya buka syarikat pelancongan ini saya amat berharap kita semua memberi support yang tinggi terhadap syarikat ini.

• facebook: facebook.com/UstazYahyaCambodia
• Web Promosi:
http://korbankemboja.org/
• Web kebaikan:
http://MisiQurban.com/
• LAMAN Rasmi:
www.CambodiaMuslimHoliday.Com


© Copyrights 2015, MisiKemboja.com / CmhTour.com. All rights reserved.
Designed & Hosted by Serving Web Solution