Wed rd August 2017
Visitors Number
Today :
0009
Yesterday :
0063
Total :
00055533
WAKAF PERIGI
Program Waqaf Perigi di Kemboja
adalah program yang kami laksanakan sepanjang tahun selain Qurban dan Aqiqah di sana. Alhamdulillah, setakat ini sambutan dari rakan-rakan di Malaysia & Brunei sangatlah menggalakkan dan setiap tahun penyertaan semakin meningkat. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, program waqaf ini dilaksanakan atas permintaan penduduk Islam di kemboja sendiri yang kesukaran mendapat bekalan air yang bersih kerana tiada bekalan paip air disediakan di sana terutamanya kawasan-kawasan kampung.

Kebanyakan penduduk kampung tidaklah mempunyai pendapatan tetap. Mereka hanya bekerja kampung seperti bertani, menjual sayur-sayuran, mengusahakan sawah padi dan membawa motor teksi. Kebanyakan hanya mampu meraih 8.000 rial ataupun RM6 sehari. Itupun jika mereka mempunyai pekerjaan tetap seperti membawa motor teksi. Banyak manala RM6 sehari. Ada juga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap seperti mengusahakan sawah padi. Mereka selalunya simpan untuk bekalan beras selama 1/2 atau 1 tahun. Itu pun bergantung kepada hasil tuaian sawah padi mereka.

Sedangkan harga barang-barang dapur lebih mahal dari kita di Malaysia. seperti harga daging lembu 1kg RM38, ayam daging 1kg RM13, ayam kampong 1kg RM24, Bagaimana mahu membeli lauk-lauk untuk makan sedangkan gaji mereka 1 hari hanyalah RM6.00? Memang mereka tak mampu…Itulah realiti kehidupan saudara seagama kita di sana. Air bersih menjadi isu / masalah kritikal yang dihadapi penduduk di negara kemboja. Lebih 50% penduduk desa kemboja tidak mempunyai keperluan asas air bersih. Sumbangan anda dapat membantu kami untuk menyediakan lebih banyak telaga untuk membantu mereka saudara kami disini. Sekiranya anda berminat ingin mewakafkan telaga sila hubungi kami. satu telaga boleh dikongsikan beramai-ramai dari ahli keluarga.

Kerajaan Kemboja setakat ini tidak mampu untuk menyediakan bekalan air berpaip ke seluruh Negara. Bekalan air berpaip ini hanya ada di bandar-bandar besar sahaja. Itupun mendapat peruntukan daripada Negara luar. Jepun misalnya telah menyediakan bekalan air berpaip untuk sebahagian penduduk Phnom Penh, ibu Negara Kemboja. Program Wakaf Perigi ini dilaksanakan untuk menampung keperluan air kepada penduduk-penduduk kampung yang betul betul memerlukan.
  • 1- Telaga Pam 230USD
  • 2- Telaga Timba 330USD
  • ( Harga Termasuk Kos Pengurusan )
© Copyrights 2015, MisiKemboja.com / CmhTour.com. All rights reserved.
Designed & Hosted by Serving Web Solution