Mon th June 2017
Visitors Number
Today :
0000
Yesterday :
0052
Total :
00051835
3- Program Wakaf Tandas
KEPERLUAN TANDAS DI KEMBOJA

Apa yang paling susah dan mencabar apabila tuan / puan masuk ke pendalaman maka anda susah nak cari tempat buang air. kerana 90% penduduk di kampung kampung masih menggunakan hutan belakang rumah sebagai tempat buang hajat mereka.

Saya sendiri boleh merasakan kesusahan ini. kerana saya sendiri sebelum tahun 2009 kami juga menggunakan hutan sebagai tempat buang hajat. oleh itu ia sangat susah bagi mereka yang ada anak perempuan untuk masuk hutan pada waktu malam.

DUA PUNCA MASALAH DIKENALPASTI:
  • 1. Budaya: Tandas sejak dahulu lagi tidak diberi keutamaan oleh orang-orang kampung di Kemboja yang majoritinya bukan beragama Islam.Maka konsep taharah iaitu kesucian dalam agama tidak difahami dan tidak diberi keutamaan. Tambah-tambah lagi Kemboja masih mempunyai kawasan tanah yang luas jika dibandingkan dengan bilangan penduduk. Juga bagi penduduk di tepi Sungai,tebing-tebing sungai menjadi dataran tandas terbuka untuk semua.
  • 2. Kemiskinan: Keutamaan bagi setiap penduduk kampung ialah sara hidup harian. Membina tandas memerlukan kos yang tidak mampu ditanggung oleh keluarga yang miskin. Pihak Mufti Kemboja membuat anggaran bahawa hanya lebih kurang 20% sahaja rumah di kampung-kampung Islam yang mempunyai kemudahan tandas. Masalah sanitasi berkait rapat dengan kesihatan penduduk kampung. Kesedaran pentingnya tandas ini mula meningkat terutamanya di kampung-kampung Islam.
  Fadhilat Wakaf: Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya) Sabda Rasullullah S.A.W maksudnya : “Kebersihan adalah tanda keimanan”. Riwayat Muslim Sabda Rasullullah S.A.W maksudnya : “Sesungguhnya Allah S.W.T indah dan cinta kepada keindahan”.  
  • HARGA RM1000 SATU TANDAS
  • Harga Termasuk Kos Pengurusan
© Copyrights 2015, MisiKemboja.com / CmhTour.com. All rights reserved.
Designed & Hosted by Serving Web Solution