Sun nd October 2017
Visitors Number
Today :
0038
Yesterday :
0018
Total :
00058922
4- Program Berbuka Puasa
Program Berbuka Puasa Di Kemboja

Assalamualaikum Semua. Program rayuan sumbangan berbuka puasa untuk fakir miskin di negara kemboja. Sebenarnya ini bukan kali pertama bagi kami, malah tiap tiap tahun kami telah melakukannya, Kerana saya sendiri adalah orang kemboja dan berada di pendalaman maka saya tahu dengan jelas keadaan umat islam kemboja apabila menjelang bulan yang penuh berkah itu.

Biasanya kita di malaysia apabila menjelang bulan Ramadan maka kita akan meriahkan rumah kita dan rumah Allah ( Masjid dan Surau ) Tetapi bagi mereka disana tidak ada apa apa yang boleh membezakan antara bulan biasa dan bulan Ramadan. Kerana mereka tiada kemampuan, Dan Surau mereka juga tiada kemampuan darisegi kewangan. Terus terang saya katakan surau surau di kemboja tiada Dana langsung sehingga nak beli minyak / nak bayar elektrik pun tak mampu. Oleh itu mereka hanya hidup sekadar hidup dan hidup dan hidup. Begitulah kehidupan mereka sehingga ada sumbangan dari luar. Apabila dapat sumbangan dari luar maka nampak kemeriahan di kampung / Masjid / Surau mereka.

Oleh yang demikian itulah saya cuba usahakan dengan pelbagai cara untuk membantu mereka, Dengan harapan mereka merasakan sediki kelazatan dalam hidup ini walaupun ianya tidak lama, Cuma kelazatan dalam ( Bulan Puasa / Bulan Korban ) Saya amat berharap Sahabat semua sudi membantu kami. Tanpa sahabat semua Program ini tidak dapat dijalankan. Jazakallah Khairan
© Copyrights 2015, MisiKemboja.com / CmhTour.com. All rights reserved.
Designed & Hosted by Serving Web Solution