Mon th June 2017
Visitors Number
Today :
0000
Yesterday :
0018
Total :
00051801
Kemiskinan Umat Islam Di Kemboja
 selepas kejatuhan rajim polpot tahun 1979 rakyat kemboja hanya tinggal sehalai kain saja, mereka berusaha untuk meneruskan kehidupan mereka sampai ke hari ini dengan sedaya upayanya, tapi walaubagaimana pun fakta kehidupan umat islam di kemboja seperti saya terangkan di bawah:
 
Sebahagian besar orang melayu kemboja hidup dalam keadaan miskin dengan purata pendapatan harian antara rm5-rm10 mereka bekerja sebagai nelayan petani atau peniaga kecil.

keadaan yang menghimpit itu telah mendorong sebahagian di kalangan anak-anak muda melayu kemboja berhijrah ke malaysia dan beberapa negara lain. keadaan semakin menghimpit apabila barangan keperluan asas seperti minyak petrol, minyak masak, gula, susu pekat dan ikan amat mahal jika dibandingkan dengan pendapatan yang mereka perolehi.
bayangkan harga minyak petrol di kemboja pada hari ini adalah 5,300 rial (rm5) seliter, minyak masak 8,000 rial (rm8) sekilogram, susu pekat kecil 4,000 rial (rm3.60) setin ayam kampung 25,000 (rm23)sekilogram, ayam daging 13,000 (rm10) sekilogram, dan ikan 13,000 rial (rm10) sekilogram.

ITULAH HAKIKAT  KEHIDUPAN UMAT ISLAM DI KEMBOJA  

Tentang makanan daging? keadaan mereka di sana lagi menyedihkan, umat islam di sana sangat kurang daging, adakah mereka tidak mempunyai lembu? bukan. mereka adalah pesawah mesti ada lembu, cuma lembu disana amat bernilai buat mereka, seekor lembu rm1700 sama dengan 2 juta riel, 2 juta real bukan nilai yang sedikit buat mereka. kadang kadang 2 tahun belum boleh dapat, ada keluarga yang bertahun tahun pun belum dapat kumpulkan 2 juta itu, bagaimana mungkin mereka sanggup korbankan ?

kebanyakan mereka tak dapat makan daging,kerana daging disana amat mahal, sekilo rm32 mata wang disana sama dengan 36ribu rial, 36 ribu rial itu bagi orang kemboja nilainya sangat tinggi, kadang-kadang sebahgian mereka tak dapat cari 36ribu riel itu dalam masa sebulan.

Oleh itu mereka hanya akan dapat makan / merasai daging itu di musim qurban saja, itu pun jika ada insan-insan yang bermurah hati untuk berqurban disana. mereka selalu mengharapkan ehsan dari orang malaysia, bila ada ustaz-ustaz balik dari malaysia mereka akan bertanya tentang korban, termasuk saya sendiri. sebab orang malaysia di kenali memang murah hati dan banyak bersedakah, kebanyakan bantuan-bantuan seperti pembinaan masjid, sekolah dan lain-lain memang datang dari malaysia termasuklah korban / aqiqah.


saya bagi pehak orang kemboja mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat malaysia yang telah melaksanakan ibadah korban ke kemboja, melalui saya / melalui ustaz-ustaz lain, moga-moga di murahkan rezaki dan di panjangkan umur oleh allah swt.

tuan / puan boleh sertai kami untuk ke kemboja, untuk melihat penduduk disana dan melihat sembelihan korban kita, pakej yang kami tawarkan agak berpatutan. info lanjut sila ke pakej melancong sambil korban 2015
© Copyrights 2015, MisiKemboja.com / CmhTour.com. All rights reserved.
Designed & Hosted by Serving Web Solution